Selamat Datang Ke Ziadah Artwork & Printing Services

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.


Saya Ziadah Zainal Abidin. Saya adalah pemilik ZAPS. Saya mendaftarkan perniagaan ini pada Jun 2018 yang lalu setelah terpaksa menamatkan perkongsian perniagaan di Legasi Cetak pada Nov 2017. Anda boleh panggil saya sebagai Kak Ziad jika anda selesa.

Mari saya perkenalkan ZAPS kepada anda. ZAPS adalah singkatan nama daripada perkataan Ziadah Artwork & Printing Services. Nama ini sebenarnya disarankan oleh pegawai SSM sendiri setelah 4 senarai nama diberikan.

ZAPS mengutamakan servis rekagrafik (graphic design) sebagai niche. Ia juga menawarkan servis percetakan pelbagai produk seperti kad kahwin, kad bisnes, surat edaran (flyers), kain-kain rentang (buntingbannerbackdrop), pelbagai pelekat (sticker) dan sebagainya.

ZAPS juga merupakan agen berdaftar kumpulan Utusan Sehari (KL) yang menjual servis percetakan dengan niche kad kahwin.

Comments

Popular posts from this blog