Posts

Sticker Label Produk

Image
 

Perjalanan 2019

Pesan guru bisnes, "Bisnes yang melekat di badan, susah untuk berkembang." - Tuan Hasbul 'Ariff Ziad akui setelah sekian lama berusaha mensistemkan servis rekagrafik ini. Lihat saja perkongsian Ziad yang semakin berkurang di blog. Dek kerana bisnes melekat di badan. Walau apa pun, setiap perjalanan adalah proses mematangkan. ZAPS sudah hampir setahun. Banyak pelajaran didapati dari perjalanan ini. + Belajar merekod kewangan. + Belajar asingkan perbelanjaan dan akaun bank. + Belajar sistemkan bisnes. + Belajar bahagi tugas. + Belajar tulis to do list . Macam-macam lagi. Ziad berazam tahun ini, Ziad dapat semula rentak dalam menjual produk kad kahwin juga.

Selamat Datang Ke Ziadah Artwork & Printing Services

Image
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya Ziadah Zainal Abidin . Saya adalah pemilik ZAPS. Saya mendaftarkan perniagaan ini pada Jun 2018 yang lalu setelah terpaksa menamatkan perkongsian perniagaan di Legasi Cetak pada Nov 2017. Anda boleh panggil saya sebagai Kak Ziad  jika anda selesa. Mari saya perkenalkan ZAPS kepada anda. ZAPS adalah singkatan nama daripada perkataan Ziadah Artwork & Printing Services . Nama ini sebenarnya disarankan oleh pegawai SSM sendiri setelah 4 senarai nama diberikan. ZAPS mengutamakan servis rekagrafik ( graphic design ) sebagai niche. Ia juga menawarkan servis percetakan pelbagai produk seperti kad kahwin, kad bisnes, surat edaran ( flyers ), kain-kain rentang ( bunting ,  banner ,  backdrop ), pelbagai pelekat ( sticker ) dan sebagainya. ZAPS juga merupakan agen berdaftar kumpulan Utusan Sehari (KL) yang menjual servis percetakan dengan niche kad kahwin.